fun quiz for myspace profile and blog

Lets101 -

Wednesday, May 14, 2008

Sangka Baik Sangka Buruk

Ada sangka baik
Ada sangka buruk

Orang beriadah disangka baik
Orang relaks disangka malas

Orang berbaju baru disangka menunjuk
Orang berbaju buruk disangka tak berduit

Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet

Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk
Orang tampak ceria disangka ada ‘membela’

Mana tahu yang diam itu berzikir
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati & mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas & cerdas…

Jauhi sikap bersangka-sangka
Kerana sikap ini memusnahkan ukhwah
Seperti musnahnya kayu dimakan api
Satu benda yang kita lihat
Macam-macam kesimpulan yang kita buat

Tanpa mengetahui apa di sebaliknya…

No comments: